Archive for December, 2007

Daniel Craig tidak mahu lagi jadi James Bond.

Wednesday, December 12th, 2007

Pierce_brosnan Khabar gembira buat Pierce Brosnan & para peminatnya! Pierce Brosnan dijangka kembali memegang watak James Bond dalam sekuel filem perisikan 007 yang berikutnya. Ini kerana watak James Bond sekarang, Daniel Craig, memberi kenyataan tidak mahu lagi meneruskan lakonan dalam sekuel filem ini yang seterusnya, selepas filem Bond 22. Bond 22 dijangka ditayangkan pada Jun 2008.

Craig Daniel Craig, 39, memberi alasan bahawa dia mahu menjadi aktor yang ‘versatile’, iaitu mencuba pelbagai watak dalam filem yang lain & tidak mahu lagi terikat sebagai seorang perisik. Craig berkata beliau mahu membuang aura James Bond yang telah melekat pada dirinya. Beliau mahu mengikut jejak aktor Timothy Dalton, yang turut berlakon dua kali sahaja memegang watak James Bond iaitu filem Licence To Kill & Living Daylight. Filem² box-office yang dibintangi Craig pada tahun ni ialah Invasion (berpasangan dengan Nicole Kidman) & juga The Golden Compass (juga dengan Nicole Kidman).

Berbalik pada Pierce Brosnan, 54, begitu optimis sekali untuk kembali memegang watak perisik yang paling tersohor di kalangan filem² perisik yang lain. Kali terakhir beliau berlakon dalam filem² Bond ialah filem ‘Die Another Day’  (2002) berpasangan dengan Halle Berry. Lain² filem Bond, GoldenEye (1995), Tomorrow Never Dies (1997) & The World Is Not Enough (1999). Beliau digugurkan daripada filem Casino Royale (2007), kerana ‘tidak ngam’ dengan pengarah filem tersebut, Martin Campbell.

Mungkinkah Pierce Brosnan akan mengikuti jejak Sir Sean Connery, yang kembali beraksi dalam filem khas James Bond ‘Never Say Never Again’ (1983)? Pierce Brosnan boleh dikatakan lebih berkarisma berbanding dengan Daniel Craig, dalam melakon watak James Bond. Tetapi terpulanglah pada pihak produksi, untuk ambil beliau berlakon kembali, atau cari muka baru untuk memegang watak yang diidam²kan oleh setiap aktor Britain. Tak usahlah peminat Pierce Brosnan mengharapkan sangat… :-P

Kajiselidik (Survey Tanpa Questionnaire) :- Pakaian Bundle

Thursday, December 6th, 2007

Dsc03248_3 “Aku beraya dengan baju bundle ja,” begitulah kata² seorang rakan sekerja aku. Aku mengangguk saja. Kini pakaian bundle semakin mendapat di hati peminat, biarpun umum ketahui ianya adalah pakaian terpakai.

Pilot Survey Pengunjung.

Hasil daripada pilot survey yang telah dibuat oleh aku (apa itu pilot survey, carilah sendiri di www.wikipedia.com) di busana² bundle di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Kajang, Johor Bahru, Kota Bahru & Kemaman.

Kekerapan pengunjung (jantina)  ->>  Majoriti lelaki.
Umur pengunjung  ->>  lingkungan 12 – 69 tahun.
Bangsa  ->>  Majoriti Melayu.
Tempat tinggal pengunjung  ->>  ada yang tinggal di kawasan kajian, & ada yang tinggal di luar kawasan kajian.
Golongan  ->>  pelajar, mat kilang, mat rempit.
Jenama yang kerap dibeli  ->>  Adidas, Nike, Fred Perry, Polo, Levi’s.

Analisis daripada pilot survey pengunjung.

Kekerapan pengunjung yang mengunjungi busana bundle adalah lelaki. Perempuan ada juga yang masuk, tapi tak beli, atau sekadar mengikuti pakwenya memilih baju bundle. Pada pemikiran mereka (aku agak je :-P) “Apa barang bundle, baik aku beli kat pasar malam,”

Bangsa yang kerap mengunjungi busana bundle, adalah Melayu. Bangsa lain ada juga yang masuk, tapi tak banyak. Orang putih? Langsung aku tak jumpa.

Golongan yang kerap mengunjungi bundle adalah pelajar, mat kilang & mat rempit. Golongan professional seperti doctor gigi, pakar bedah, DO, peguam, majistret, arkitek, akauntan, CEO dll, tak nampak pulak aku. Mungkin golongan ini kunjungi, tapi dengan penampilan yang biasa.

Aku ada tanya pada rakan sekerja aku (pengunjung setia busana bundle), apa istimewanya baju bundle nie? Jawapan yang diberi :-
1. Kerana harganya jauh lebih murah daripada harga di kedai mahupun di pasar malam
2. Lain daripada yang lain.
3. Unik
4. Untuk bergaya, tunjuk pada kawan².

“Tapi gua tak beli kasut kat situ,” “Apasal,” tanya aku. “Pasal kasut nie diorang tak basuh dengan bersih, masih berbau cagu,” katanya dengan penuh keyakinan.

Pengalaman penulis.

Aku akui ada membeli baju bundle. Nampak menarik je, aku beli. Jenama apa yang aku, biarlah ianya menjadi rahsia! Suatu hari aku masuk ke busana bundle. Seorang yang bekerja di situ memperkenalkan baju² yang baru sampai. Pada pengamatan aku, budak ni masih sekolah (tengok pada seluar & kasut), bekerja secara part-time. Aku tertarik pada topi (jenis hat). Lalu aku mencubanya, dengan sweater (sweater macam yang dipakai oleh Owen Wilson dalam filem Starsky & Hutch).

“Wah abang, macam Harrison Ford dalam cerita James Bond lar,” tiba² mamat tu bersuara. Harrison Ford pernah berlakon pegang watak James Bond? Huh… apa nie?

“Apa lar, semua pelakon yang jadi James Bond warga Britain, kecuali George Lazenby, warga Australia,” kata aku, membetulkan fakta. “Oh ye ker, saya main agak jer,” kata mamat tu sambil tersengih. Petang itu aku beli baju, sweater & hat. J